Netizen Seram, Tengok Tangan Dan Kaki Palsu Jadi Hiasan Laman Rumah

Berkebun atau menanam pokok merupakan satu terapi diri selain mengisi masa terluang bagi sesetengah individu. Ada sahaja idea kreatif untuk menghias tanaman namun kadangkala ada yang tidak terfikir oleh akal.

Seperti perkongsian di Facebook oleh Nurseri Kota Lama mengenai hiasan tanaman yang menggunakan konsep landskap anggota badan manusia seperti kaki dan tangan. Seram!

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik, kaki, tangan malahan wajah manusia ini ditanam di tepi pokok sehingga kelihatan seperti anggota badan yang sebenar.

Walaupun menyeramkan, tetapi konsep landskap sebegini dikatakan dapat mengelakkan kehadiran pencuri ke rumah. Mungkin ada yang mahu mencubanya selepas ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here