PKR-Amanah dalam perbincangan

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan dua pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) bagi membincangkan pengukuhan gabungan Pakatan Harapan (PH).

Anwar menerusi laman Facebooknya memberitahu, kedua-dua pemimpin tersebut ialah Penasihat Umum Amanah, Datuk Seri Ahmad Awang dan timbalannya, Datuk Abdul Ghani Samsudin.

“Kami bersahabat lama sejak zaman ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan sudah tentu banyak yang dibicarakan.

“Pengukuhan gabungan PH juga antara yang disentuh,” catat Anwar di Fabooknya selepas menerima kunjungan kedua-dua pemimpin tersebut.

Terdahulu, PH dilaporkan bergolak ekoran keputusan PKR bertegas mahu Anwar menjadi calon Perdana Menteri manakala DAP dan Amanah pula cenderung menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berikutan itu, Dr Mahathir memutuskan hanya akan bekerjasama dengan Amanah dan DAP dan tidak lagi menganggotai PH Plus seperti mana dilaporkan terdahulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here