Selepas Beirut, Kini Gudang Makanan Di Najaf, Iraq Pula Terbakar

Kurang 72 jam selepas tragedi letupan gudang di Beirut, Lubnan yang mengorbankan lebih 100 nyawa kelmarin, kini sebuah gudang makanan di Najaf, Iraq menerima nasib sama.

Memetik laporan Shafaqna, wartawan Iraqi News Agency (INA) melaporkan bahawa sebuah gudang yang menyimpan bekalan makanan dan elektrik ‘Al-Quds’ di bandar Najaf, selatan Iraq terbakar baru-baru ini.

Berikutan gudang tersebut yang merupakan pusat jualan utama di bandar itu, wartawan INA memaklumkan pasukan anggota bomba dan penyelamat telah tiba di tempat kejadian untuk memadam kebakaran tersebut.

Bagaimanapun, punca kebakaran dan maklumat terperinci belum dilaporkan secara rasmi setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here