COVID-19: Punca Masih Belum Terungkai, Genap Setahun Kes Kematian Pertama Dicatatkan Di China

Semalam (11 Januari 2021) menjadi tarikh keramat yang menandakan bahawa sudah genap setahun sejak kes pertama kematian akibat COVID-19 dilaporkan di China.

Kematian pertama itu melibatkan seorang lelaki berusia 61 tahun yang tinggal di Wuhan.

Kini, jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia sudah hampir mencapai dua juta kes.

Dengan peningkatan itu, pandemik COVID-19 ini dilihat tidak terkawal di kebanyakan negara, menyebabkan puluhan juta orang sakit dan ekonomi global yang merudum.

Pun begitu, persoalan mengenai jangkitan pertama COVID-19 masih lagi tidak terjawab.

Menurut ahli virologi, menentukan sumbernya sangat penting untuk menghapuskan wabak di masa depan dengan lebih awal.

“Sekiranya kita dapat mengenal pasti mengapa mereka (virus) terus muncul, kita dapat mengurangkan pemacu yang mendasari,” kata presiden EcoHealth Alliance, Peter Daszak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here