Presiden Mexico positif Covid-19

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador mengumumkan bahawa beliau dijangkiti Covid-19 pada Ahad.

Beliau melalui ciapan di akaun rasminya memberitahu, simptomnya sederhana dan beliau sedang menjalani rawatan.

“Saya kesal untuk memberitahu anda bahawa saya turut dijangkiti virus Covid-19.

“Simptomnya agak sederhana tetapi saya sedia untuk menjalani rawatan perubatan. Seperti biasa, saya seorang optimistik. Kita akan terus bergerak ke depan,” ciapnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here