320 terkorban- Protes di Myanmar diteruskan

Peningkatan angka korban melibatkan penunjuk perasaan di Myanmar, tidak menghalang penduduk di negara itu untuk meneruskan aktiviti protes pada Jumaat.

Tanpa rasa gentar dengan tindakan keras yang diambil oleh junta tentera, kali ini orang ramai tetap turun ke jalanan membuat perarakan menaiki motosikal.

Lebih 100 orang melaungkan slogan pro-demokrasi dengan menunggang motosikal mengelilingi jalan di Mandalay.

Setakat ini, seramai 320 orang telah disahkan terkorban berikutan rampasan kuasa yang dilakukan tentera negara itu.

Namun, lapor Kumpulan Pemantau Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP), jumlah sebenar mungkin lebih tinggi daripada itu.

Protes ini berterusan susulan daripada rampasan kuasa 1 Februari lalu yang menggulingkan pemerintah terpilih Aung San Suu Kyi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here