19,807 kes Covid, 232 kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan jangkitan harian Covid-19 dengan 19,807 kes manakala 232 kematian direkodkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kes 262,255 aktif dengan 1,026 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 496 memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,555,093 manakala, kes sembuh pula sebanyak 18,200 dengan 1,278,670 jumlah kumulatif. Sementara itu, sebanyak 232 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 14,168 kes.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 5,379 kes.Ia diikuti Sabah (2,638), Kedah (1,948), Sarawak (1,772), Pulau Pinang (1,501), Johor (1,391), Kelantan (1,196), Kuala Lumpur (999), Perak (703), Pahang (598), Melaka (558), Terengganu (534), Negeri Sembilan (508), Perlis (54), Putrajaya (24) dan Labuan (empat).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here