Petaling jaya, Ogos, 23-
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 17,672 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,572,765 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 4,316 kes.
Ia diikuti Sabah yang mencatatkan sebanyak 2,474 kes, Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367), Kelantan (1,176), Perak (952), Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (7).