EMPAT ORANG BERSENJATA MEROMPAK KEDAI EMAS

Kuala Lumpur, Ogos 23-

Kejadian rompak berlaku di kedai emas Taman Usahawan, Kepong,  semalam pada jam 5.30 petang.

Empat orang suspek menaiki dua motorsikal memakai topeng muka dan topi keledar bertutup penuh menuju ke arah kedai emas dengan bersenjata tukul dan kapak untul memecahkan cermin dan mengambil tiga dulang emas. Ketiga-tiga dulang itu dipercayai diisi dengan kalung leher dan rantai tangan. Nombor pendaftaran motorsikal suspek dikesan melalui litar rakaman kamera litar tertutup.

Sewaktu kejadian terdapat tujuh pekerja wanita di dalam kedai emas berkenaan seorang pengsan akibat ditolak oleh perompak.

Kejadian ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sentul Tuan ACP Beh Eng Lai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here