
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan senarai barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’ melibatkan 31 menteri termasuk empat menteri kanan yang akan menjadi pasukan pengurusan yang bekerja bersama rakyat.
Tanpa memegang sebarang portfolio serta tidak menamakan timbalan perdana menteri, Ismail Sabri menyenaraikan kembali kebanyakan menteri penuh yang berkhidmat di bawah kepimpinan Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 38 timbalan menteri.
Ketika mengumumkan barisan kabinetnya di Perdana Putra di sini, Ismail Sabri berkata pembentukan Kabinet itu merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.
Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri Yaakob
- Perdana Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
- Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong
- Menteri Kanan Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz
- Menteri Kewangan: Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul AzizTimbalan Menteri I: Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II: Yamani Hafiz Musa
- Menteri Kanan Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah YusofTimbalan Menteri: Datuk Arthur Jospeh Kurup
- Menteri Kanan Pendidikan: Senator Radzi JidinTimbalan Menteri 1: Datuk Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri 2: Datuk Mohamad Alamin
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas): Datuk Seri Abdul Latiff AhmadTimbalan Menteri: Datuk Mastura Mohd Yazid
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang): Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku JaafarTimbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Samsuddin
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Senator Idris AhmadTimbalan Menteri: Datuk Ahmad Marzuk Shaary
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak): Datuk Seri Maximus Johnity OngkiliTimbalan Menteri: Datuk Hajar Hanifah Taib
- Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Wee Ka SiongTimbalan Menteri : Datuk Henry Sum Agong
- Menteri Alam Sekitar dan Air: Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan ManTimbalan Menteri : Datuk Dr Mansor Othman
- Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Saravanan MuruganTimbalan Menteri: Datuk Awang Hashim
- Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Shahidan KassimTimbalan Menteri : Datuk Seri Jalaluddin Alias
- Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rina HarunTimbalan Menteri : Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
- Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Dr Noraini AhmadTimbalan Menteri : Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad
- Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Datuk Seri Takiyuddin HassanTimbalan Menteri: Datuk Ali Anak Biju
- Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Hamzah ZainuddinTimbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin
- Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin Abu BakarTimbalan Menteri I: Datuk Dr Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang
- Menteri Pertanian dan Industri Makanan: Datuk Seri Dr Ronald KiandeeTimbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
- Timbalan Menteri II: Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
- Menteri Pembangunan Luar Bandar: Datuk Seri Mahdzir KhalidTimbalan Menteri I: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Haji Hasbi Habibollah
- Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin AbdullahTimbalan Menteri: Datuk Kamarudin Jaffar
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Datuk Alexander Nanta LinggiTimbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid
- Menteri Komunikasi Dan Multimedia: Tan Sri Annuar MusaTimbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Seri Reezal Merican Naina MericanTimbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib
- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Seri Dr Adham BabaTimbalan Menteri: Datuk Amzad Mohamed @ Hashim
- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Tan Sri Noh OmarTimbalan Menteri: Tuan Muslimin Yahaya
- Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Zuraidah KamaruddinTimbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie Mongin
- Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: Datuk Seri Hajah Nancy ShukriTimbalan Menteri: Datuk Seri Santhara Kumar Ramanaidu
- Menteri Perpaduan Negara: Datuk Halimah Mohamed SadiqueTimbalan Menteri: Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
- Menteri Belia dan Sukan: Datuk Seri Ahmad Faizal AzumuTimbalan Menteri: Datuk Seri Ti Lian Ker
Kabinet berorientasikan hasil” yang diumumkan hari ini perlu berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana menteri berkata beliau akan memastikan barisan Kabinet komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
Beliau juga berikrar akan memastikan Kabinet baharu itu menekankan budaya kerja berprestasi tinggi dan setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan panjang, serta mencapai sasaran yang ditetapkan, selain perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

























