Angka kes harian COVID-19 di negara ini kekal melebihi 6,000 dua hari berturut-turut apabila sejumlah 6,323 kes dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini, berbanding 6,243 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah individu yang sudah dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 2,528,821 kes.