81.8 peratus populasi remaja negara lengkap divaksin

Seramai 2,575,388 individu atau 81.8 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 2,748,602 individu atau 87.3 peratus bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 95.5 peratus atau 22,363,772 individu telah lengkap vaksinasi manakala 97.8 peratus atau 22,898,066 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Sebanyak 123,210 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 20,351 suntikan dos lengkap, 7,005 menerima dos pertama dan 95,854 pula mendapat suntikan dos penggalak. Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,723,584. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here