Kuala Lumpur, Sep 15.
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang akan diadakan di ibu negara membabitkan dua kumpulan pada Sabtu.
Oleh kerana tiada notis pemakluman diterima Polis Kuala Lumpur mengenai perhimpunan itu polis menasihatkan orang awam jangan ambil bahagian dalam himpunan itu. .
Dua kumpulan terbabit Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia di bawah Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang akan menganjurkan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia serta Kumpulan ‘Baju Merah’ diketuai Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, setakat hari ini, (Khamis) tiada sebarang notis pemakluman diterima oleh pihaknya. Sepatutnya notis ini haruslah diberikan kepada polis, lima hari sebelum hari kejadian (Sabtu) di mana selewat-lewatnya pada Isnin lalu.
Beliau juga menegaskan tindakan boleh diambil mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 mengenai perkara itu.























