Perolehi Kelulusan Cemerlang 4.0 Tak Dapat Belajar Jurusan Perubatan Di University

Kuala Lumpur, Sep 19.
Perolehi pencapaian yang amat memuaskan dalam peperiksaan Matriculations tetapi tak dapat masuk university awam, Nagulan Devendran menerangkan kepiluan hatinya ditengah sebakan.

Nagulan berasal di Puchong Perdana. Dia mempunyai cita cita untuk menjadi seorang Doktor Perubatan. Dengan impian itu dia belajar bersungguh sungguh dan selalu menjadi murid cemerlang di sekolah. Di Sekolah dia mengambil jurusan Sains dengan impian itu . Dalam Peperiksaan SPM dia mendapat 8A. Dengan kepujian yang amat memuaskan itu Nagulan melanjutkan pelajaran Matriculations.

Dia mendapat 4.0 dalam peperiksaan itu pada tahun lepas. Dengan kepujian matapelajaran itu dia memohon untuk belajar jurusan Doktor di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti University Malaya, University Putra Malaysia (UPM), University Kebangsaan Malaysia (UKM), IPTA Sultan Zainal Abidin dan sebagainya. Malangnya dia dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dia dalam jurusan Pegawai Pemakanan Hospital. Nagulan terkejut dengan tawaran itu. Dia langsung tak mengharap jurusan itu. Dia membuat permohonan ulang. Selain daripada itu dia pun meghantar surat untuk IPTA yang lain.

Nagulan membuat permohonan balik untuk pengambilan IPTA bagi tahun ini. Tetapi dia tak dapat dipilih ke jurusan yang dia idami. Ngulan menceritakan kepiluan hatinya kepada Makkal Osai. Sudah dapat kelulusan yang tinggi dalam Matriculation pun dia tak dapat belajar dalam bidang perubatan. Sekarang keluarganya berharap pertolongan awam untuk merealisasikan impian Nagulan menjadi seorang Doktor Perubatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here