Penunggang motosikal didenda RM5,000

Port Dickson, Sep 21.
Penunggang motosikal yang tular selepas merempuh penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan hingga cedera dalam sekatan jalan raya , Ahad lalu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Khairul Azwa Azizi, 25, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayarnya.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu anggota penguat kuasa JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif, 29, daripada menjalankan fungsi amnya dalam operasi pasukan.

Kesalahan itu dilakukan pada 17 September lalu, kira-kira 11 pagi di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson. Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here