Malaysia, India timbang guna mata wang sendiri dalam perdagangan dua hala

New Delhi, Nov 8. Malaysia,dan India sedang mempertimbangkan penggunaan mata wang masing-masing dalam urusan perdagangan dua hala dalam usaha memperluas kerjasama ekonomi, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) yang dipengerusikan beliau bersama Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar di New Delhi pada Selasa.

“Menggunakan mata wang sendiri adalah langkah ke hadapan untuk perdagangan antara kedua-dua negara.

“Malaysia memulakannya dengan Thailand dan Indonesia. Sekarang kami mencadangkannya kepada India,” kata Zambry kepada pemberita, sambil menambah India menerima idea itu. Menteri Luar itu berkata, walaupun langkah berkenaan mungkin dilihat sesetengah pihak sebagai menghentikan pergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS), Malaysia sebaliknya melihat ia sebagai cara untuk mengukuhkan mata wang negara dan melindunginya daripada turun naik sepanjang masa.

India merupakan rakan ekonomi utama Malaysia di Asia Selatan, dengan perdagangan dua hala pada 2022 bernilai RM86.2 bilion (AS$19.6 bilion).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here