234 pusat vaksin disediakan

Kuala Lumpur, Dis 21.
Sebanyak 234 pusat pemberian vaksin disediakan di Klinik Kesihatan di seluruh negara sehingga kini, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan akan mengemas kini maklumat berkenaan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat pertambahan atau perubahan bilangan pusat vaksin.

Bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, orang ramai boleh hadir ke pusat pemberian vaksin yang tersenarai secara ‘walk-in’ atau membuat janji temu menggunakan aplikasi MySejahtera sebagaimana tatacara tempahan yang dibuat semasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sebelum ini.

Kementerian ingin menegaskan bahawa pengambilan vaksin Covid-19 pada masa ini adalah secara sukarela, namun pengambilan vaksin Covid-19 adalah digalakkan terutama golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai komorbiditi,kata beliau melalui kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here