Pekerja asing: Tiada kemasukan bagi sektor formal mulai 1 Jun

Putrajaya, Mac.
Kerajaan tidak lagi membenarkan kemasukan pekerja asing bagi sektor formal dari kuota aktif, mulai 1 Jun.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata baki kuota penggajian pekerja asing yang masih aktif dan dibayar levi, tetapi belum diterbitkan visa dengan rujukan (visa with reference atau VDR) hujung bulan ini, akan dibatalkan dengan bayaran levi kuota dikembalikan kepada majikan.Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin mengumumkan kerajaan membuat penambahbaikan yang signifikan pada dasar dan proses pemulangan levi berkuatkuasa hari ini.

Katanya, majikan kini boleh menuntut pulangan balik bayaran levi pekerja asing selepas tempoh enam bulan sah laku Surat Kelulusan Bersyarat, dengan keseluruhan baki kuota pekerja asing diserahkan semula kepada kerajaan.

Tempoh masa pemprosesan pulangan balik levi bagi permohonan di peringkat kelulusan ketua pengarah imigresen juga dikurangkan sebanyak 47%, iaitu dariapda 53 hari kepada 28 hari.

Manakala tempoh masa di peringkat kelulusan ketua setiausaha KDN dikurangkan sebanyak 51%, iaitu daripada 77 hari ke 38 hari.

Dalam pada itu, Saifuddin mengumumkan program ‘Repatriasi Migran’ yang dilaksanakan sehingga 31 Disember depan memberi pengecualian pendakwaan kepada pendatang asing tanpa izin yang menyerah diri untuk pulang ke negara asal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here