Guna tong gas edar syabu

Kuching,Mac.
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Miri, utara Sarawak melibatkan 21.7kg methamphetamine atau syabu bernilai lebih RM700,000 yang disembunyikan dalam tong gas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Khaw Kok Chong berkata dalam serbuan Ahad lepas, empat lelaki dan dua wanita berusia 28 hingga 50 tahun ditahan. Sindiket ini mula bergiat aktif sejak awal tahun ini dengan modus operandi mendapatkan bekalan dadah dari Semenanjung, kemudian mengubah suai tong gas dengan memasukkan sejumlah dadah sebelum dihantar ke satu lokasi untuk dipasarkan ke negara jiran.

Turut dirampas dalam operasi ini ialah wang tunai berjumlah RM52,000, barang kemas dengan anggaran nilai RM54,941.40 dan empat kenderaan bernilai RM194,000 yang menjadikan jumlah keseluruhan rampasan RM1.02 juta, katanya pada sidang media di IPK Sarawak di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here