‘Permudah beri diesel, kami tak naik tambang’, -persatuan bas sekolah!

Kuala Lumpur, Jun-
Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia menggesa kerajaan melancarkan pengurusan pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak yang kerenah birokrasinya menyebabkan segelintir pengusaha tidak dapat menikmati bantuan itu.

Presidennya Amali Munif Rahmat berkata pihaknya menyambut baik gesaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya tambang tidak dinaikkan kerana sektor pengangkutan awam itu terus menikmati bantuan bahan api itu di sebalik penyasaran subsidi mulai Isnin lalu.

Namun dakwanya ada segelintir pengusaha tidak dapat menikmati sepenuhnya bantuan itu kerana kerenah birokrasi syarikat minyak yang mungkin menjejaskan kos operasi sekali gus diturunkan pula kepada pengguna.

“Bila nak aktifkan kad fleet ada masalah, sistem tergendala dan macam-macam birokrasi.

“Ramai tak dapat guna kuota subsidi mereka, jadi kita minta kerajaan kalau mahu pengusaha bas sekolah tak naik tambang kena permudahkan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas amaran Anwar supaya pengusaha bas sekolah tidak menaikkan tambang perkhidmatan kerana kenderaan itu menerima subsidi diesel daripada kerajaan.

Anwar menegaskan jika kenaikan tambang berlaku sehingga membebankan pelajar, kerajaan tidak teragak-agak mengambil tindakan dengan menarik balik lesen mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here