3 kereta terbakar di parkir LRT

Kuala Lumpur, Julai-
Tiga kereta terbabit dalam kebakaran di kawasan letak kenderaan stesen LRT Gombak, Taman Melati, hari ini.

Dalam kejadian petang tadi, sebuah Proton Persona terbakar 40%, manakala Honda CRV dan Toyota Vios masing-masing terbakar 5%.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.47 petang.

“Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 11km,” katanya.Beliau berkata, setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati kebakaran berlaku di tingkat tiga kawasan letak kenderaan itu.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa, punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here