Lelaki rentung dalam kebakaran rumah

Butterworth,Sep-
Seorang lelaki maut dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Assumption, Butterworth, Pulau Pinang pagi Khamis.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, mangsa Liew Hoong Kwee, 55, ditemui meninggal dunia di dalam bilik tidur di rumah berkenaan.

Sebaik tiba pihak bomba mendapati kebakaran berlaku hanya di bilik tidur di rumah berkenaan dan terdapat seorang mangsa di dalamnya.

“Pemeriksaan di bilik itu menemui mangsa seorang lelaki terbaring di atas katil dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here