Najib berkerusi roda ke mahkamah

Kuala Lumpur, Sep-
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mengalami sakit lutut kanan yang teruk hadir perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini dengan berkerusi roda.

Selasa lalu, Najib diberikan sijil cuti sakit (MC) selama dua hari selepas dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami keradangan lutut kanan dan menerima rawatan ubat tahan sakit.

Terdahulu, pada prosiding hari ini, Najib diiringi oleh pegawai penjara dengan dibawa menaiki kerusi roda ke bilik mahkamah.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu yang kini berusia 71 tahun, bagaimanapun berjalan perlahan dengan menggunakan tongkat ketika berada dalam mahkamah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here