Pemandu lori didakwa membunuh

Mersing, Jan-
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Mersing di sini hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pemandu lori yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta pada bulan lalu.

Tertuduh, Hasbullah Adam, 36, yang juga pemandu lori, sekadar mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Hasbullah didakwa membunuh Shakirin Mohammad, 28, di antara jam 6.10 pagi pada 26 Disember hingga jam 1.50 tengah hari 28 Disember lalu di tepi Jalan Jemaluang-Kahang, Mersing.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit membawa hukuman mati atau penjara di antara 30 hingga 40 tahun dengan sebatan minimum 12 kali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here