George Town, Apr-
Seorang pakar psikiatri kanan menggesa agar penghadang fizikal dan jaring keselamatan dipasang di Jambatan Pulau Pinang untuk menghalang cubaan membunuh diri dan mengurangkan kematian.
Dr Muhsin Ahmad Zahari dari Universiti Malaya berkata langkah itu, digabungkan dengan sistem pengawasan seperti CCTV, boleh menghalang individu terbabit daripada terjun jambatan, memberi masa kepada responden untuk bertindak.“Ia akan memberi masa untuk bantuan diberikan kepada mereka.
Gabungan pencegahan dan campur tangan ini boleh menyelamatkan nyawa,” katanya kepada FMT.
Muhsin mengulas insiden seorang dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang dua minggu lalu, mendorong operasi mencari dan menyelamat. Sebuah kereta dipercayai milik lelaki berusia 64 tahun dari Jelutong itu ditemui ditinggalkan, bersama kasut dan begnya.
Dalam jawapan bertulis dibentangkan di DUN Pulau Pinang pada 22 Nov tahun lepas, Jabatan Kesihatan negeri menggesa pemasangan penghadang keselamatan untuk menghalang individu daripada terjun jambatan.
Bagaimanapun, kerajaan negeri memilih untuk mengutamakan peningkatan kempen kesedaran buat masa ini.























