Shah Alam, Apr-
:Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata antara daerah terlibat ialah Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Subang Jaya dengan 86 rumah terjejas, namun tiada mangsa dipindahkan.
Beliau berkata di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh sebanyak 80 buah rumah telah dinaiki air dengan kedalaman tiga kaki tetapi paras air dilaporkan semakin surut.
“Di Kampung Baru Sungai Buloh pula enam buah rumah dinaiki air sedalam dua kaki tetapi mangsa yang terlibat enggan berpindah berikutan air menunjukkan trend menurun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mukhlis berkata sebuah keteta terperangkap apabila Persiaran Damai Kampung Kenangan Subang Jaya dinaiki air sedalam dua kaki.




















