Imigresen serbu kilang gaji PATI, 26 ditahan

Kuala Lumpur, Mei-
Tiga kilang sekitar Jalan Kuchai Lama dan Jalan Chan Sow Lin di ibu kota diserbu Jabatan Imigresen (Imigresen) menerusi Op Mahir hari ini, selepas disyaki menggajikan pendatang tanpa izin (PATI) sebagai pekerja.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata seramai 352 individu diperiksa dalam operasi bersepadu itu, merangkumi 283 lelaki dan 69 wanita.Katanya, kesemua mereka bekerja di tiga kilang terdiri daripada dua kilang memproses barang lusuh dan sebuah kilang percetakan.

Katanya, kesemua mereka bekerja di tiga kilang terdiri daripada dua kilang memproses barang lusuh dan sebuah kilang percetakan.

Selain itu, dua lelaki tempatan dipercayai majikan turut ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1963 kerana menggaji pekerja asing tanpa permit sah. Semua yang ditahan berusia antara 28 hingga 50 tahun,” katanya ketika ditemui, di lokasi.

Menurut beliau, pihaknya turut mengeluarkan empat borang Imigresen 29 sebagai saman kepada saksi sepanjang operasi dijalankan.

Sementara itu, tinjauan media yang mengikuti serbuan di sebuah kilang memproses barang lusuh di Jalan Chan Sow Lin mendapati beberapa individu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan anggota penguat kuasa.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi serta tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here