Pokok tumbang atas jalan: Trafik sesak 3 kilometer

Balik Pulau, Okt-
Pokok tumbang melintangi Jalan Tun Sardon, di sini, menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga kilometer.

Difahamkan dalam kejadian jam 6 pagi, sebuah kenderaan rosak dihempap tetapi pemandu kereta tidak cedera.

Kakitangan awam, Hanisma Ismail, 48, dari Balik Pulau berkata dia terperangkap dalam kesesakan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Pulau Tikus, Georgetown.

“Tidak lama kemudian, saya dapat maklumat mengenai kejadian menerusi kumpulan WhatsApp penduduk. Saya berpatah balik dan menggunakan laluan Jalan Bukit Genting ke Teluk Kumbar yang turut sesak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here