Shah Alam, Nov-
Polis Selangor menahan tiga suspek lelaki disyaki terbabit kes tembak yang menyebabkan kematian seorang penganggur di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi Klang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata semua suspek berumur di antara 19 hingga 35 tahun ditahan di sekitar Klang.
“Pihak polis sudah membuat tiga tangkapan sehingga kini bagi membantu siasatan dan ketiga-tiga mereka sedang direman yang tamat pada Isnin ini.
“Siasatan masih berlangsung, jadi tidak boleh memberi ulasan terperinci kerana ia menyebabkan sensitiviti kes itu,” katanya selepas menyempurnakan Pelupusan Barang Kes Dadah dan Kertas Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini.





















