Seorang suri rumah maut selepas kenderaan dinaiki bersama suami dan anak perempuan terbabas ketika cuba mengelak bangkai lembu di Kilometer 57 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6.57 pagi itu, Norma Mat, 55, yang tersepit di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata pasangan suami isteri berkenaan bersama anak perempuan mereka berusia 24 tahun yang juga penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, dari arah Ketereh ke universiti berkenaan.
Beliau berkata, kereta Perodua Bezza dipandu suami mangsa berusia 61 tahun, dikatakan cuba mengelak bangkai lembu di tengah jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.”Kenderaan itu kemudian terbalik lalu masuk ke longkang.
“Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.





















