Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin ini

Kuala Lumpur, Mac-Kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai 24 Mac ini dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas.

Sehubungan itu bagi STR Fasa 2, hampir sembilan juta penerima yang terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan sehingga RM650.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Madani kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Peningkatan peruntukan STR dan SARA pada tahun 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here