Sin Chew gantung tugas ketua editor

Kuala Lumpur, Apr-
Sin Chew Daily menggantung tugas ketua editor Chan Aun Kuang dan timbalan ketua penyuntingnya Tsai Shwu San selepas muka depan akhbar harian berbahasa Cina itu menyiarkan imej Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.

Pihak pengurusan akhbar hari ini berkata, keputusan itu dibuat atas dasar prinsip akauntabiliti.“Susulan kesilapan melibatkan Jalur Gemilang di muka depan (akhbar) Sin Chew Daily, Sin Chew telah memutuskan untuk menggantung tugas editor-editor (terbabit),” katanya dalam kenyataan yang diterbitkan di portalnya.

Tambahnya, penggantungan tugas itu berkuat kuasa serta-merta dan akan berterusan sehingga siasatan polis berhubung perkara itu selesai.

Terdahulu, Chan dan Tsai memberikan keterangan kepada polis selama hampir tiga jam.

Sin Chew telah memohon maaf atas penyiaran Jalur Gemilang yang silap itu dan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan yang bertanggungjawab.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here