Petaling Jaya, Okt 24.
Polis Kuala Lumpur mendapati banyak kondominium mewah di ibu negara dijadikan “pusat panggilan” sindiket scammer atau penipuan dalam talian.
Ketu Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya mendapati majoriti sindiket penipuan itu beroperasi di kondominium ternama susulan siri serbuan dalam tempoh dua bulan lalu.
Justeru, katanya, Badan Pengurusan Bersama (JMB) serta Perbadanan Pengurusan (MC) bangunan perlu mengambil berat berhubung modus operandi scammer.
“Dalam tempoh tersebut, 343 tangkapan dilakukan dan 10 (kes) sudah dituduh, kita agak bimbang dengan semua tangkapan ini kerana membabitkan premis mewah.
“Kita tidak menolak kemungkinan akan melakukan pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan kondominium tersebut, kita percaya ada mereka yang terlibat dengan sindiket ini,” katanya di IPK Kuala Lumpur.























