Sultan Brunei dimasukkan ke IJN

Kuala Lumpur, Mei-

Kesihatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dalam keadaan baik selepas baginda dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital ketika Sidang Kemuncak Asean ke-46.

Sultan Hassanal Bolkiah, 78, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan akan berada di sana selama beberapa hari atas nasihat pakar perubatan, menurut pejabatnya.

“Baginda dalam keadaan sihat … cuma keletihan,” menurut kenyataan daripada pejabatnya.Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Brunei itu dimasukkan ke hospital.

“Baginda sedikit keletihan dan kini sedang berehat,” katanya pada sidang media, tanpa mengulas lanjut.

Sultan Hassanal Bolkiah berada di Kuala Lumpur hari ini bersama pemimpin-pemimpin Asean yang lain bagi menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri China Li Qiang dan para kenamaan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here