Penipuan internet dengan menggunakan teaktik Phishing adalah salah satu jenayah siber yang mana sasaran si pelaku adalah menghubungi mangsa melalui emel, telefon atau pesanan ringkas dengan cuba mencuri data-data peribadi anda seperti maklumat perbankan, kad kredit dan kata laluan.
Kementerian Perdagangan dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengingatkan kepada orang awam agar tidak menjadi mangsa penipuan dengan modus operandi “Phishing”.
Dalam infografik yang dimuatnaik di laman sosial rasmi mereka, KPDHEP memaklumkan cara-cara mencegah Phishing iaitu:
1.Berhati-hati terhadap emel yang diterima daripada penghantar yang tak dikenali.
2. Tidak membuka emel yang tidak dikenali
3. Padam terus emel yang tidak dikenali
4. Tidak klik pada sebarang pautan yang diragui.
5. Semak terlebih dahulu alamat laman web (URL). Ia bertujuan untuk mengelak anda melayari laman web klon yang bertujuan mencuri ID dan kata laluan anda.
Awas, penipuan di internet menggunakan taktik Phishing.