Kaula Lumpur, Ogos-
Satu pasangan warga asing cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Batu 28, Ringlet, Cameron Highlands menghala ke Tapah, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.09 petang ,semalam.
“Kami menerima maklumat berkenaan sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta Perodua Alza dan terdapat seorang lelaki dan wanita berusia 40an.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa telah berada di luar kenderaan dan mereka hanya cedera ringan,” katanya.




















