Kuala Lumpur, Okt-
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengadakan kunjungan ke kediaman Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, kunjungan itu bertujuan meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
“Semoga seluruh penganut Hindu berbahagia di samping keluarga tersayang,” katanya.
Turut mengiringi Perdana Menteri ialah isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beberapa pemimpin kanan turut hadir, antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.Anwar turut memuat naik tujuh keping gambar sempena kunjungan berkenaan.




















