Kes kematian pengawal keselamatan diklasifikasi kes bunuh

Kuala Lumpur, Nov-
Polis mengklasifikasikan semula kes kematian seorang pengawal keselamatan berusia 54 tahun yang diserang di luar sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di sini, sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, mengesahkan kertas siasatan kes itu dikemas kini selepas mangsa disahkan meninggal dunia.

Menurutnya, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kes ini pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera dengan senjata. Namun, selepas mangsa meninggal dunia, klasifikasi kes disemak semula.

Kertas siasatan kini diklasifikasi semula sebagai kes bunuh, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Beliau berkata, suspek berusia 32 tahun yang dipercayai pemilik unit di kondominium berkenaan masih berada di bawah jaminan polis sementara menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Dalam kejadian pada 13 Oktober lalu, R. Chandran, diserang di pondok pengawal Menara Megah Condominium selepas enggan memenuhi permintaan seorang penghuni untuk menemaninya ke unit kediamannya.

Mangsa kemudian membuat laporan polis mendakwa diserang dan suspek turut mengacukan objek menyerupai pistol sebelum mendapatkan rawatan perubatan dan pulang ke rumah.

Dia bagaimanapun ditemui meninggal dunia tidak lama kemudian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here