Kuala Lumpur, Oktober 26-
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, hari ini menziarahi keluarga mendiang Editor Kanan akhbar Tamil, Makkal Osai, BR Rajan , yang meninggal dunia semalam pada usia 68 tahun.
Teo turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mendiang sebagai tanda keprihatinan terhadap pengamal media yang berkhidmat selama 45 tahun dalam industri media Tamil itu.
Beliau menyifatkan pemergian BR Rajan sebagai kehilangan besar kepada industri media Tamil negara, khususnya selepas 45 tahun menabur bakti dalam bidang kewartawanan,” katanya.
BR Rajan meninggal dunia selepas hampir tujuh minggu menerima rawatan di Hospital Selayang susulan pendarahan dalam kepala akibat terjatuh di dalam tandas di kediamannya pada 8 September lalu.






















