SAHABAT BAIK LEMBU

IPOH –

Kebiasaannya apabila ditanya mengenai cita-cita seseorang budak mereka berkata bermacam-macam cerita. Tetapi, apabila ditanya mengenai cita-cita kepada Keevan Raj, dia memberitahu cita-citanya adalah memelihara lembu.

Keevan Raj, (16 tahun) berasal di Pengkalan, Taman Desa di sini. Semasa berumur 6 tahun, Keevan Raj mengikut bapanya Nagenthiran ke kandang lembu pemilikan bapanya. Nagenthiran menternak lembu sebagai kerja sambilan. Kegemaran untuk menternak lembu sekarang merebak dari bapa kepada Keevan Raj.

Sekarang Keevan Raj belajar tingkatan 4. Setelah balik dari sekolah dia terus ke kandang lembu milik bapanya untuk membersihkan kandang itu dan membagi makanan kepada mereka. Selain dari itu dia pula membawa lembu – lembu ke luar kawasan persekitaran untuk berkeliaran. Dia juga menolong bapanya untuk memperolehi susu dari lembu-lembu peliharaan itu.

Keevan Raj berkata dia anggap lembu sebagai kawan karib. Dia bercita-cita untuk menjadikan pemeliharan lembu sebagai perusahaan kecil pada masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here