Susu Tingkat Daya Tahan Terhadap Influenza – Pakar

KUALA LUMPUR –

Susu antara makanan nutrisi terbaik yang boleh diberikan kepada kanak-kanak bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan mereka terhadap serangan influenza.

Pakar Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kuala Lumpur Dr Zarin Ikmal Zan Mohd Zain berkata kanak-kanak terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah antara golongan paling mudah dijangkiti virus itu dan menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan makanan yang mengandungi nutrisi lengkap kepada mereka.

“Kita gusar dengan kes influenza yang masih menunjukkan peningkatan saban hari, penyakit sebaran virus itu boleh berjangkit, oleh itu ibu bapa disaran memberi mereka susu setiap hari dan mengelak mereka daripada mengambil makanan tidak baik untuk kesihatan.

“Tidak sukar sebenarnya untuk menjaga pemakanan mereka kerana di Malaysia kita mudah mendapatkan semua jenis makanan nutrisi lengkap antaranya karbohidrat, protein dan lemak,” katanya kepada pemberita ketika majlis pelancaran kempen ‘Similac Millions of Moms’ di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here