Cuaca kering dijangka kembali

Keadaan cuaca agak kering dijangka kembali dan hanya akan beransur-ansur reda bermula akhir Mac 2020, demikian menurut Jabatan Meteorologi.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata walaupun beberapa hari lepas hujan telah turun di kawasan-kawasan yang mengalami keadaan kering di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak, namun keadaan lembap itu adalah sementara sahaja.

“Negara kini masih berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2020.

“Dalam tempoh ini, selain Sarawak, biasanya taburan hujan adalah agak rendah di seluruh negara terutamanya di utara Semenanjung,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here