Runtuhan kondominium dalam pembinaan

KUALA LUMPUR –

Seorang pekerja binaan terselamat manakala seorang lagi terperangkap, selepas sebahagian struktur kondominium 38 tingkat yang dalam pembinaan di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini, runtuh semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, sebahagian tingkat enam kondominium dalam pembinaan itu runtuh, ketika dua pekerja lelaki dipercayai warga Bangladesh berada di situ.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata seorang mangsa yang ditemui di tingkat satu runtuhan, dibawa keluar pukul 5.15 petang.

“Mangsa kedua masih terperangkap dan pihak bomba sedang menjalankan operasi untuk membawa keluar mangsa.

Beliau berkata berdasarkan maklumat daripada pihak syarikat pembinaan, hanya dua mangsa terlibat dalam insiden itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here