Perdana Menteri Dr Mahathir letak jawatan

Kuala Lumpur –

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengesahkan Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri.

“Surat tersebut telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengahari,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan media,  tadi.

Dr Mahathir  adalah pengerusi Bersatu yang juga pengerusi PH.

Beliau dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang ini.

Perkembangan ini susulan keputusan beberapa parti politik yang mengadakan mesyuarat masing-masing sejak pagi tadi dan semalam.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan partinya keluar Pakatan Harapan (PH).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here