STPM 2019 : Calon dapat PNGK 4.00 meningkat

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini mencatatkan peningkatan calon yang mendapat Pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 iaitu 802 calon berbanding 666 calon pada 2018.

Lebih menggembirakan, daripada jumlah itu, 587 calon atau 73.19 peratus daripada golongan B40.

“Dengan pertambahan bilangan calon pada PNGK yang disebut ini, maka boleh dijadikan jangkaan, Insya-Allah, bahawa bilangan lepasan STPM yang akan diterima masuk ke universiti awam lebih besar berbanding bilangan calon pada tahun sebelumnya,” kata Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim dalam satu kenyataan di sini .

Seramai 44,823 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2019 di 652 pusat peperiksaan di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here