LHDNM lanjutkan tarikh pemfailan BNCP

KUALA LUMPUR:Tarikh akhir pemfailan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) akan dilanjutkan selama dua bulan daripada tarikh akhir asal yang sebelum ini ditetapkan antara Mac hingga Jun.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, langkah itu diambil bagi memudahkan urusan percukaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini dan berakhir pada 31 Mac.

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan LHDN turut maklum bahawa semua premisnya di seluruh negara ditutup.

Pembayar cukai disaran menggunakan perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL bagi tujuan pengemukaan BNCP dan pembayaran baki cukai, nyata kenyataan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here