Sejurus tiba kira-kira 12.35 tengah hari Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu disambut dengan tarian singa.
Beliau kemudiannya dilihat menyantuni dan bertanya khabar tetamu majlis berkenaan sebelum menggaul ‘yee sang’ serta menyampaikan ‘ang pow’ kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Kamarudin Jaffar.
Pada majlis itu, seramai 700 penduduk Bandar Tun Razak yang terdiri daripada kumpulan B40 menerima ‘ang pow’.