Pelanggan boleh terima bil air melalui aplikasi Whatsapp

KUALA LUMPUR : Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah memperkenalkan bil air secara atas talian (online) atau e-Bil.

Pelaksanaan e-Bil ini seiring dengan program transformasi Air Selangor, ke arah perkhidmatan secara digital bagi membolehkan para pelanggan mendapat bil air dengan lebih cepat dan mudah samada melalui emel atau dengan cara mengakses aplikasi Air Selangor.

Air Selangor on Twitter: "Wow! Alif Satar has signed up for Air ...

Kini, kemudahan perkhidmatan e-Bil ini telah diperluaskan lagi yang mana para pelanggan Air Selangor boleh memilih untuk menerima bil air mereka menerusi aplikasi WhatsApp mulai 1 April 2020.

Untuk menetapkan kaedah penerimaan bil melalui WhatsApp, para pelanggan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh mendaftar e-Bil atau mengemaskini maklumat di laman sesawang https://update.airselangor.com.

Pelanggan yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan WhatsApp perlu memastikan nombor telefon yang didaftarkan di laman sesawang ini adalah betul dan boleh menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

Untuk maklumat lanjut dan bantuan mengenai bekalan air, para pelanggan boleh menghubungi kami di talian 15300, WhatsApp ke 019-2800919 atau 019-2816793, media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram) serta laman sesawang Air Selangor (www.airselangor.com).

Air Selangor juga menggalakkan para pelanggan untuk memuat turun aplikasi Air Selangor di telefon pintar menerusi AppStore ataupun GooglePlay untuk maklumat semasa bekalan air atau semakan bil air.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here