Mukhriz letak jawatan

ALOR SETAR:

Kenderaan rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir tiba di Wisma Darul Aman, jam 9.10 pagi ini.

Beliau dijadual mengadakan sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor pula dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah Ke-14, pada jam 2 petang ini.

(updated)

ALOR SETAR:

Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa hari ini, selepas hilang majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Mukhriz pada sidang medianya di Wisma Darul Aman, turut mengumumkan peralihan kuasa kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) Kedah serta kedudukan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) turut tergugur.

Katanya, beliau juga sudah memaklumkan melepaskan jawatan Menteri Besar kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here