Joe Biden ANGKAT SUMPAH

Calon Demokrat, Joe Biden, sah bergelar presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-46 selepas mengangkat sumpah jawatan itu di bangunan Capitol Hill, lapor AFP.

Biden, 78, mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung, John Roberts.

Dalam ucapan pelantikannya, beliau berikrar untuk menjadi presiden kepada seluruh rakyat AS, selain menggesa perpaduan dipertahankan bagi memulihkan semula negara itu yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, majlis angkat sumpah presiden ke-59 itu turut menyaksikan bekas senator California, Kamala Harris menjadi wanita pertama dilantik sebagai naib presiden AS.

Upacara itu diadakan di hadapan Hakim Mahkamah Agung, Sonia Sotomayor di bangunan Capitol, yang merupakan lokasi sama yang menyaksikan penyokong Trump merusuh dua minggu lalu kerana membantah keputusan pilihan raya presiden AS.

Terdahulu, bekas presiden AS, Donald Trump, dilaporkan meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir hari ini dengan menaiki helikopter ke pangkalan tentera udara berhampiran sebelum terbang ke Florida, seterusnya mengelak majlis angkat sumpah Biden.

Beliau menyifatkan tempoh jawatannya selama empat tahun lepas sebagai “hebat” dan merupakan “penghormatan sekali seumur hidup”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here